Ok.. since I have all these photos with me now at the office, I'm starting a series of cerita-cerita lama yang tak sempat nak diblogkan sebelum ni...
We'll start with Rayyan's first molar extraction.
Babak Satu
Di zaman dahulu kala, adala sorang budak nama Rayyan ni dia komplen sakit gigi. Mak bapak dia yang tak perasan gigi budak tu tetiba terkejut bila mendapati gigi Rayyan dah berlubang sebesar-besarnya.
Pergilah mereka anak-beranak ke "Kedai Senyum". Tabib di Kedai Senyum itu pun mengimbaslah gigi Rayyan dengan teknologi canggih sampai nampak gambar tulang geraham Rayyan itu. Atas nasihat tabib tersebut, gigi itu hanya perlu ditampal. Tetapi perlu dikorek sedalam-dalamnya lagi supaya tampalan itu melekat dengan baik.
Tetapi Rayyan seorang yang tabah. Ditahannya sakit ngilu semasa tabib berkenaan menggerudi giginya yang sakit itu. Bapak dia pulak yang lebih-lebih, tapi nak berkata-kata dalam bahasa Inggeris dengan tabib itu, tabib itu pun susah nak berkata-kata kerana Rayyan faham segala apa yang dibincangkan. Dia pun senyap tersenyum, tergelak sambil terus menggerudi gigi itu.
Lalu sejurus kemudian, tertampallah gigi itu. Sebelum sahaja pembayaran dibuat, Rayyan mengadu kesakitan yang amat pada gigi yang baru ditampal itu. Setelah berbincang dengan tabib penampal itu, maka diputuskan bahawa tampalan itu terlalu kekal (permanent), jadi ia amat ketat sehinggakan membuat Rayyan terasa amat sakit.
Setelah berbincang dan mendapat persetujuan Rayyan yang amat macho dan tabah itu, maka diputuskan untuk mengorek balik tampalan itu dan digantikan dengan tampalan yang sementara yang tidak terlalu ketat sehingga menyakitkan Rayyan.
Lalu Rayyan pun menjalani penggerudian sessi kedua selang hanya setengah jam dari sessi pertama sebelumnya. Dipendekkan cerita, setelah selesai ditampal, maka Rayyan pun berpuas hati di atas tahap kesakitannya pada masa itu yang kurang sakit berbanding sebelumnya. Lalu mereka anak beranak pun pulanglah ke rumah sambil Rayyan mengerang sedikit-sedikit di dalam kereta.
Babak 2
Hari demi hari, bulan demi bulan berlalu, tiba-tiba terasa sakit lagi gigi Rayyan itu. Rupa-rupanya tampalan yang dilakukan sebelum ini telah tertanggal lebih dari separuh. Dengan persetujuan Rayyan, dibawanya budak itu sekali lagi ke Kedai Senyum untuk dilihat apa lagi yang boleh dibuat ke atas gigi yang satu itu.
Setelah diimbas semula tulang gerahamnya, didapati di bawah gigi itu sudah menunjukkan tanda bernanah. Tabib itu (tabib lain pulak) pun memberi dua pilihan. Terus menampal, atau pun cabut sahaja. Tabib itu mencadangkan agar cabut sahaja kerana keadaan gigi itu sudah mula reput. Kalu ditunggu la-lama lagi susah nanti.
Lalu, sekali lagi dengan persetujuan Rayyan, maka budak kecik itu pun mula melakukan operasi mencabut gigi. Dimulakan dengan proses suntikan. Rayyan mengerang sedikit sambil ditenangkan bapanya. Kemudian dimulakan proses mencabut.
SEKSANYA yang amat kerana kuat benar gigi si Rayyan itu! Bapanya yang melihat pun tak sangka melihat tabib itu sampai perlu bersilat-silat untuk mengeluarkan gigi yang satu itu. hampir segala senjata di atas mejanya digunakan tabib itu. Tidak juga gigi itu ditumpaskan.
Lenguh geraham Rayyan tidak terkata, sehinggakan bapanya juga turut terasa. Tabib jenis apa pulak ni yang sampai kena bersilat-silat untuk mengeluarkan gigi budak 4 tahun setengah ini!
Dipendekkan cerita, setelah hampir 20 minit pertarungan antara tabib dengan gigi Rayyan itu berlangsung, maka akhirnya tertumbang juga gigi itu. Rupa-rupanya, gigi yang disangka bertaring dua, rupa-rupanya bertaring TIGA!!!
Rayyan pula yang tidak biasa giginya berdarah mencurah-curah keluar, tidak berasa selesa dengan keadaan ini lalu mengerang sepanjang setengah jam lebih sambil dia berbaring di atas sofa empuk Kedai Senyum itu sambil menonton ASTRO. Setelah beberapa kali kapas dalam mulutnya ditukar, dia pun bersedia untuk pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah.. bapanya pun apa lagi, dicapainya kamera, lalu ditangkapkanlah gambar cenderamata dari tabib tadi sepuas-puas hatinya....
Kesian, si Rayyan...
Sekian sahaja cerita Rayyan Cabut Gigi. Selepas ini kita bercerita tentang kisah lain pula.
:)
Thursday, May 07, 2009
Cerita lama: Rayyan Cabut Gigi
Posted by shake at 9:42 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mak datuk! cabang tiga??? gila babs siot! patutlah kena bersilat! bwahahah kesian budak tu! macho betul! isk!
haha tula pasal... doktor tu pun terkejut gila babi.. I asked him if it was normal.. well.. it is normal to have 3 roots, but not common definitely...
but heads up to rayyan yang macho tu... hehe you could hear him say "once jer and then no more" a LOT of times when the doctor was telling him that he needed to do more to get the tooth out... hehe sakit2 pun still brave enough to get through it till the end..
Post a Comment